Kopi MesaStila, Mulai Tanam dan Pengolahannya.. |
MesaStila terletak di antara Semarang, Lapangan Terbang Jogjakarta
dan Lapangan Terbang Solo. Ia mengambil masa 45 minit dengan pesawat
dari Jakarta ke Semarang, 60 minit dari Jakarta ke Jogjakarta atau
Lapangan Terbang Solo dan 60 minit dari Bali ke Jogjakarta atau Lapangan
Terbang Solo. Jika anda menaiki kenderaan kereta, ia mengambil masa
kira-kira satu setengah jam dari Lapangan Terbang Semarang dan dua jam
dari Lapangan Terbang Jogjakarta atau Lapangan Terbang Solo untuk ke
MesaStila.
Apabila Ruby berada di sini, segar dan nyaman adalah ayat yang paling
sesuai untuk MesaStila Resort. Di sini Ruby dibawa melawat kebun kopi
dan hasil tanaman lain. Pelbagai pokok herba, sayuran dan buah-buahan di
tanam di sini. Jadi, semua makanan untuk pengunjung di MesaStila Resort
mendapat hasil organik dari pihak Resort itu sendiri. Bagus kan?
Kawasan MesaStila juga dingin, tetapi masih sesuai untuk memakai
t-shirt. Jika melakukan aktiviti seperti berlari, yoga, urutan dan relax
minda di kawasan ini pasti anda suka.
Jom minum petang di House of Coffee. Selain kopi, minuman jamu juga
turut disediakan. Sebelum minum kopi, cuba minum jamu terlebih dahulu.
Seteguk cawan kecil boleh membangkitkan tenaga tau! Hahaha. Kemudian
kita boleh lihat sendiri bagaimana kopi diproses di MesaStila Resort.
Mereka menggunakan cara tradisional dengan membakar biji kopi secara
putaran. Sambil bakar, sambil bau aroma kopi. Urmmmmm.. Nyaman.
Di MesaStila, ruby dapat belajar cara baru menikmati kopi selain
minum. Biji kopi yang belum di kisar sangat enak dimakan dengan gula
melaka! Iya gula melaka! Caranya ambil sebiji kopi dan seketul kecil
gula melaka. Kemudian masukkan terus ke dalam mulut. Kunyah
bersama-sama. Kopi rangup dan pahit dicampur dengan gula melaka?
Jadilah…. Sedap! Hehehehe.
Terima kasih MesaStila! MesaStila Resort sebelum ini dikenali sebagai Losari Spa Retreat & Coffee Plantation.
xoxo!
P/S : Media Familiarization Trip to Central Java diterbangkan oleh Air Asia dan artikel ini dikemaskini menggunakan Sony Xperia Z3.
Komentar
Posting Komentar